Assalamualaikum sahabat ,
Post kali ni aku nak cerita pasal percintaan. Setelah lama berfikir , aku baru sedar tak ade gunanya kalau bercinta awal-awal ni. Membazir duit , masa, tenaga serta melukakan hati dan perasaan. Ape perasaan kena game? Huh! Perit sangat :'(
Kau yg mula-mula ayat aku. Aku tak percaya kau. Sebab orang kata kau itu kau tu ini. semua benda buruk. Tp aku tak nak tinggalkan kau sebab aku ingat kau bukan orang yang macam tu. Kau buat aku makin sayang kat kau. Eventhough kawan aku tak suka aku dengan kau , aku tetap tak minta putus daripada kau. Kalau difikirkan , banyak orang aku lukakan sebab kau. Kau buat kawan yang aku selalu share masalah tak cakap dengan aku,benci aku and unfriend aku. tak ape, aku sabar sebab kau sentiasa ade dengan aku.
Masa berlalu, cara kau layan aku kian berubah. PUDAR. Haha. Tak pe , kau sibuk kerja. aku percaya kau. aku tak ganggu kau. Kau cuma nak game aku kan? kau cakap kat aku. family tak setuju. and kau tak yakin dengan hubungan kita.kau nak belajar dulu. kau hantar mesej kat aku panjang berjela. ayat sedih. ikut buku.
aku sedih.kau ade peduli? aku down. kau ade ? aku tak nak jumpa kau dah ! kau duk kat sana happy je kan . then, aku dengar cerita dari orang lain kate kau dengan aku kawan je . kau tak nak la couple2 ni. dosa.kau nak jadi baikkkk. ouh kau jadi baik , kau nak aku jadi jahat pulak?
kenapa dari awal kau tak fikir pasal dosa? kau ayat aku supaya aku cair dengan kau. y you do this to me ?
SAKITTTTTTTTTT HATI WEYH :(
aku tak tipu aku bahagia dengan kau waktu mula2 kita couple. kau always bagi sokongan kat aku. rajin kol aku. mane kau yg dulu menghilang? or sebenarnya lakonan je? hmmmmmm.
terima kasih sebab pernah buat aku bahagia. terima kasih sebab halalkan semua benda yg kau bg kat aku. terima kasih sebab buat aku jadi lebih tabah. InsyaAllah , aku akan berusaha untuk menjadi lebih tabah. aku rasa kita tak boleh jadi kawan dah. susah. kekok. maaf . Aku harap kawan2 aku dapat maafkan aku.
p/s : Allah S.W.T dah aturkan jodoh yang lebih baik untuk aku. Cuma masanya yang belum tiba. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. aku menjadi lebih tabah kerana peristiwa silam. ALHAMDULILAH :')
maafkan saya sekiranya ade terkasar bahasa dengan anda semua. saya hanyalah manusia biasa yang tidak mampu lari daripada melakukan kesilapan.Doakan saya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. AMIN. Syukran .
Wednesday, February 20, 2013
Sunday, February 3, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)